ALLAHUAKBAR..dua tiga hari ni cuaca sgt pelik..mulanya panas sangat2.. tp mcm dlm lirik lagu tu..ku sangka panas hingga kepetang..rupanya hujan ditengahari..kalau ikut iklan dlm tv dia kata cuaca macam ni meningkatkan pertumbuhan bakteria..bila bakteria bertambah maka tubuh badan pun senanglah dijangkiti selesema, demam dan batuk..
insyaallah, dengan mengamalkan tiga tips mudah ni kita dapat membina kekuatan diri untuk mengharungi cuaca pelik diakhir zaman ni..
MANDI:
banyakkan mandi..kalau dulu kamu suka mandi sekali je sehari..silalah mandi lebih dari itu ya..kenapa???bila kita berpanas, badan akan mengeluarkan haba dan berpeluh..itu merupakan salah satu cara untuk tubuh badan meng"adapt" dengan cuaca panas..yang menjadi masalahnya, bila dah berpeluh-peluh bagai nak rak tu, bakteria mula la membiak sbb kulit kita dah lembab dan ditambah dgn cuaca panas td, bakteria lg suka membiak..bila bakteria dah mula membiak and kita pon tak membersihkan diri, so we are prone to suffer from itchiness, common cold, last2 jd fever sbb bakteria da mula mengganggu sistem tubuh...so bila kita mandi, secara tidak langsung bakteria2 yang semakin bertambah tu akan diflush away drpd permukaan kulit. hasilnya,
insyaallah, ditambah dgn sabun tubuh akan berasa segar dan wangi...
tips utama, masa mandi tu cuci bahagian telinga(belakang and dalam tp jgn sampai masuk air pula!) and tapak kaki lebih sikit sbb nnt kita akan rasa lebih segar..macam bila ambil wudhuk tu..kan everytime lps berwudhuk, kita akan rasa segar sbb kita bg perhatian kat telinga and celah-celah jari kaki..and kalau mandi air terjun or swimming pool ke, kan kita rendam dgn telinga2 skali..dats why rase sejukkkkkk aje..
|
SEGARNYA.... |
lepas mandi tu lap kering2 and kalau suka bolah la letak bedak talkum baby ke..bg segar..kalau nak berlotion bagai mmg tak digalakkan sbb cuaca mmg da panas, and you ltk lg lotion berminyak..mmg melekit la jawabnya..huhuhu..lepas mandi pakai baju yang bersih, longgar dan elakkan berpakaian gelap..
insyaallah, tubuh pasti akan berasa segar sentiasa.
MINUM AIR MASAK/KOSONG/MINERAL BANYAK-BANYAK:
okay...mmg semua orang rasa susah sangat2 nak minum air kosong sbb tak
SEDAP..ye mmg tak sedap, tp itu la yang dpt membantu tubuh badan kita ya..malas nak celoteh panjang pasal air sbb semua or mmg tahu air tu baikkan???? so kat sini sy nak bg tips mcm mana nak bg kita dpt minum air kosong
BANYAK-BANYAK.. senang je..beli satu bekas air besar..macam ni:
|
SENANG DIBAWA KEMANA-MANA |
isi air penuh-penuh..and bawa kemana sahaja anda pergi..hari-hari make sure kan diri untuk habis kan air tu sebelum pukul
12 tghari..bila da habis refill kan then make sure kan diri lagi untuk habis kan air tu sebelum pukul
6ptg..
insyaallah, kalau dpt habis kan secara tak langsung kita da minum almost
3LITER untuk siang sahaja..and kalau boleh, cuba
ELAKKAN minum ais ya..mmg ais tu sedap masa cuaca panas tp satu dua gelas sudah memadai bukan sampai se jag ya??
MAKAN LEBIH SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN:
pastikan dalam peti sejuk rumah tu ada sumber buah-buahan..nak senang beli buah anggur..basuh2..letak dlm tupperware bertutup masukkan dalam peti sejuk bila nak makan tros je masuk mulut, kunyah2, telan...anggur ni kaya dengan antioksidan yang dpt men-nyah segala macam toksin dan tinggi kandungan vitaminnya..
insyaallah kebaikannya dpt diserap oleh tubuh kita..
|
SO MANY CHOICES! |
untuk sayur-sayuran pula, sediakan hidangan simple yang berwarna warni..contohnya sayur campur..
insyaallah dapat menambat selera orang-orang tersayang sbb semua org suka tgk benda2 yang cantik dan berwarna-warni!!
|
SEDAP! |
kalau susah2 sgt..bwt je jus buah-buahan or sayur-sayuran tu..and minum dengan nikmatnya..
insyaallah berkhasiat dan menyelerakan!
|
YUMMY!!!!!! |
semoga entry mudah ini bermanfaat untuk kita semua dalam mengharungi cuaca zaman moden yang semakin panas dan berubah-ubah...