Monday, 1 April 2013

TIPS MENAMBAT HATI ISTERI...


Tips untuk menggembirakan hati isteri:

1) Sewaktu anda hendak meninggalkan isteri untuk keluar dari rmh maka anda kucuplah didahi isteri anda.

2) Peluklah isteri anda ketika dia dalam keadaan marah. Selalunya hati yang panas jika kena cara pelukannya pasti si dia akan terdiam seketika.

3) Pujuklah si dia sekiranya si dia merajuk pasti hatinya terlalu lembut bak kapas jika di pujuk kene pada tempatnya pasti hatinya akan reda semula.

4) Jadilah suami yang romantik. Walaupun tidak tahu tapi anda harus mempelajarinya demi rmhtgga anda jua. Ingatlah rumahtangga yang romantik sebenarnya mempu memeriahkan kebahagiaan isi dalam sesebuah keluarga yang di bina.

5) Bantulah isteri tanpa dia menyuruh anda melakukan seesuatu perkara tersebut. Bukankah tolong menolong itu satu perkara yang di tuntut dalam agama islam. Anda membantu isteri anda, ibarat anda juga tak langsung telah meringankan bebanan kerjanya di rumah.
6) Sekiranya anda pandai dalam bab memasak, apa kata anda masaklah makanan yang istimewa buat isteri anda.

7) Tidur dan peluklah isteri anda rapat-rapat. Supaya isteri anda dapat merasakan yang dia selamat ketika berada dalam dakapan anda.

8) Opppsss...!!!! Jangan buat-buat lupa pada tarikh-tarikh istimewa dalam kamus hidup anda berdua. Terutama Tarikh lahir dia.

9) Sekiranya isteri anda bertanya beberapa soalan untuk mendapatkan pendapat dari buah fikiran anda, maka anda haruslah memberi jawapan yang iklas.
10) Sesekali urutlah isteri anda agar belaian anda itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan kepenatan dia mengguruskan rumahtangga anda.

11) Lakukanlah perkara yang di sukai oleh isteri anda dan tinggalkan perkara yang dibenci olehnya.

12) INGAT! dia juga isteri punyai hati dan perasaan. Anda sebagai suami tidak digalakkan memerintah isteri anda sesuka hati sehingga die merasakan dirinya seperti tukang gaji. Jika anda meminta isteri anda membuat perkara itu ini, mmg la boleh, tapi pastikan intonasi anda itu tidak mengguris hatinya sebagai seorang wanita.

13) Sesibuk mana pn anda dan isteri, pastikan waktu anda berdua jua perlu diselitkan dalam sehari.

14) Hadiahkanlah dia dengan sebarang bentuk barang seperti barang kemas, jambangan bunga, kasut, dan sebagainya sebagai tanda penghargaan anda untuk dia. Hadiah tersebut tidak semestinya mahal memadailah sekiranya hadiah tersebut boleh membuatkan dia berasa gembira sampai ke telinga itu pn sudah memadai.



para suami sekalian..sesungguhnya, kami isteri tidak memerlukan barangan mahal dan mewah, hanya ingatan, pelukan, kasih sayang dan bimbingan yang kami dambakan..sesungguhnya, yang sekecil-kecil itulah kadangkala yang sebesar-besarnya yang dapat membahagiakan kami..

sources: photo facebook persatuan ibu mengandung dan menyusu

2 comments:

  1. untunglaaa orang da ad suami hehe :)

    ReplyDelete
  2. hahahaha..awk pon otw je tu..ape cer la skarang ni.. :P

    ReplyDelete

 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner