Thursday, 4 April 2013

makanlah ubat dengan betul..

entri ni sekadar untuk bekongsi ilmu yang pernah dipelajari semasa di kelas..tengah pusing2 mata ini tertangkap pd satu photo dari international journal of pharmaceutical sciences and research..so simple and easy to digest..so i think it's good to share the info with all of you! kadang2 kita maen hantram je kan mkn ubat hospital ni..pastu xde effect pon yg berlaku..ini disebabkan oleh banyak faktor..paling common berlaku ialah salah cara makan(timing salah)..xpe..meh kita belajar cara makan ubat yang betul ok???

photo dari international journal of pharmaceutical sciences and research


penjelasan dari pemahaman saya:
take before meals / ambil sebelum makan
    • anda perlulah mengambil ubat anda 30 minit sebelum menikmati hidangan.
    • bukanlah 2 minit sebelum menikmati hidangan ya???
    • sebab: kesan ubat boleh berubah dgn kehadiran makanan..secara sainsnya, pH dalam perut akan mempengaruhi kesan ubat..secara bakerinya, anggap ubat tu sebagai susu segar..bila susu segar bercampur dgn cuka(berasid) rupa bentuk dan bau pon akan berubah jd yogurt kan?? so susu segar dgn yogurt tak sama..macam tu lah bila kita ambil ubat yang sepatutnya sebelum makan bersama-sama dgn hidangan (2minit sebelum makan) nnt ubat tu akan bercampur2 so die pon hilang effect and tak dpt rawat kita..
take after meals / ambil selepas makan
    • anda perlulah mengambil ubat ini sekurang-kurangnya 5minit-10minit selepas makan.
    • sebab: makanan yang kita makan dapat membantu untuk mengurangkan kesan ketidakselesaan perut yang disebabkan oleh ubat itu..(rse mcm nak sendawa, pedih perut and banyak lg effect lain akan terjadi bila kita mkn ubat ini masa perut kosong).
complete the course / habiskan ubat ini
    • anda mestilah menghabiskan ubat ini walaupun anda sudah sihat..wajib habis!
    • sebab: ini adalah untuk memastikan bahawa semua bakteria atau penyebab penyakit dapat dibunuh secara habis-habisan!..bila kita tak habiskan ubat ni, kuasa untuk membunuh akan jd kurang so bakteria tadi akan jd lebih kuat dan ia akan berusaha untuk melawan kesan ubat dan akhirnya ubat tu xdpt nak bunuh bakteria td..so kita akan lebih senang untuk relapse(tak tau perkataan dlm bahasa apa) penyakit tu lg..kira nnt kita akn senang untuk sakit balik la..
vitamins supplement / makanan tambahan (vitamin)
    • adalah baik untuk mengambil vitamin pada waktu siang dan selepas makan.
    • jangan ambil semasa perut kosong!
    • sebab: kesan vitamin akan terbuang sbb ia akn dikumuhkan melalui air kencing terutamanya vitamin B dan C.

sekadar berkongsi info yang mungkin dapat memberi manfaat kepada semua..in shaa Allah..

Monday, 1 April 2013

colors for this week: purple, peach and orange!!!!!!



syukur alhamdulillah!!! on time! terima kasih yang tak terhingga kepada anak sedaraku, farah kirana kerana telah membantu makcikmu ini untuk mem pack ing all of this..ganda kan jualan kita ye ga ga ga!!!



TIPS MENAMBAT HATI ISTERI...


Tips untuk menggembirakan hati isteri:

1) Sewaktu anda hendak meninggalkan isteri untuk keluar dari rmh maka anda kucuplah didahi isteri anda.

2) Peluklah isteri anda ketika dia dalam keadaan marah. Selalunya hati yang panas jika kena cara pelukannya pasti si dia akan terdiam seketika.

3) Pujuklah si dia sekiranya si dia merajuk pasti hatinya terlalu lembut bak kapas jika di pujuk kene pada tempatnya pasti hatinya akan reda semula.

4) Jadilah suami yang romantik. Walaupun tidak tahu tapi anda harus mempelajarinya demi rmhtgga anda jua. Ingatlah rumahtangga yang romantik sebenarnya mempu memeriahkan kebahagiaan isi dalam sesebuah keluarga yang di bina.

5) Bantulah isteri tanpa dia menyuruh anda melakukan seesuatu perkara tersebut. Bukankah tolong menolong itu satu perkara yang di tuntut dalam agama islam. Anda membantu isteri anda, ibarat anda juga tak langsung telah meringankan bebanan kerjanya di rumah.
6) Sekiranya anda pandai dalam bab memasak, apa kata anda masaklah makanan yang istimewa buat isteri anda.

7) Tidur dan peluklah isteri anda rapat-rapat. Supaya isteri anda dapat merasakan yang dia selamat ketika berada dalam dakapan anda.

8) Opppsss...!!!! Jangan buat-buat lupa pada tarikh-tarikh istimewa dalam kamus hidup anda berdua. Terutama Tarikh lahir dia.

9) Sekiranya isteri anda bertanya beberapa soalan untuk mendapatkan pendapat dari buah fikiran anda, maka anda haruslah memberi jawapan yang iklas.
10) Sesekali urutlah isteri anda agar belaian anda itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan kepenatan dia mengguruskan rumahtangga anda.

11) Lakukanlah perkara yang di sukai oleh isteri anda dan tinggalkan perkara yang dibenci olehnya.

12) INGAT! dia juga isteri punyai hati dan perasaan. Anda sebagai suami tidak digalakkan memerintah isteri anda sesuka hati sehingga die merasakan dirinya seperti tukang gaji. Jika anda meminta isteri anda membuat perkara itu ini, mmg la boleh, tapi pastikan intonasi anda itu tidak mengguris hatinya sebagai seorang wanita.

13) Sesibuk mana pn anda dan isteri, pastikan waktu anda berdua jua perlu diselitkan dalam sehari.

14) Hadiahkanlah dia dengan sebarang bentuk barang seperti barang kemas, jambangan bunga, kasut, dan sebagainya sebagai tanda penghargaan anda untuk dia. Hadiah tersebut tidak semestinya mahal memadailah sekiranya hadiah tersebut boleh membuatkan dia berasa gembira sampai ke telinga itu pn sudah memadai.



para suami sekalian..sesungguhnya, kami isteri tidak memerlukan barangan mahal dan mewah, hanya ingatan, pelukan, kasih sayang dan bimbingan yang kami dambakan..sesungguhnya, yang sekecil-kecil itulah kadangkala yang sebesar-besarnya yang dapat membahagiakan kami..

sources: photo facebook persatuan ibu mengandung dan menyusu

TIPS MENAMBAT HATI SUAMI..



Tips yang boleh diamalkan bersama oleh isteri demi menggembirakan suami yang tercinta:

1. Jangan terlalu mengongkong suami

2. Berilah perhatian pada suami walaupun anda sibuk


3. Jangan sesekali abaikan makan, minum dan pakai suami

4. Sekali sekali, izinkan suami keluar dengan teman-temannya


5. Percayalah pada suami

6. Jangan kedekut memuji suami

7. Kalau anda nampak suami keletihan dan kepenatan , urutlah dia dengan rela hati tanpa disuruh


8. Kalau suami tidak suka mengikut anda keluar membeli-belah, jangan paksa,minta izinnya untuk keluar seorang diri, bersama anak-anak atau rakan-rakan

9. Sentiasalah hadiahkan suami senyuman yang paling manis setiap masa


10. Jagalah penampilan anda khas untuk suami

11. Sentiasa beritahu suami dia seorang yang hebat


12. Jangan melarang suami melakukan apa yang diminatinya selagi tidak memudaratkan anda sekeluarga

13. Elakkan daripada menjadi pegawai penyiasat yang sentiasa ingin tahu apa yg suami buat dan ke mana dia pergi. Berikan dia sedikit ruang untuk dirinya sendiri


14. Selalulah ucapkan terima kasih pada suami

15. Beritahu suami betapa anda sayang dan cintakan dia dengan sepenuh hati


Sama-samalah kita membahagiakan keluarga dengan saling menggembirakan hati suami dan isteri, seterusnya membentuk keluarga yang harmoni dan bahagia.


sources: photo facebook persatuan ibu-ibu mengandung dan menyusu 
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner